Monday, November 26, 2012

Iron Dome vs Roket al Qassam


Tidak dinafikan oleh pelbagai pihak pro-Israel bahawa kecanggihan 'Iron Dome' sistem penangkis peluru berpandu Israel yang ditaja USA berjaya mengurangkan jumlah roket al Qassam daripada mengenai s
asarannya.

Setiap kali roket al Qassam Hamas yang berharga USD 800 (RM 2,500) akan perlu ditangkis oleh sebuah peluru berpandu penangkis bernilai USD 50,000 (RM 160,000) sebuah.

Miski pun laporan IDP menyatakan bahawa keberkesanan Iron Dome ialah di antara 80-90 peratus roket al Qassam berjaya ditangkis, ada beberapa laporan pengkritik Israel sendiri yang lain melaporkan bahawa hanya kira-kira 90 roket berjaya ditangkis daripada sejumlah 250 roket yang dilancarkan pada hari pertama pertempuran.

Briged al Qassam juga mempunyai unit 'R & D'nya yang tersendiri apabila berjaya melepaskan 16 roket serentak pada hari pertama pertempuran yang menyebabkan kesukaran Iron Dome menangkisnya sehinggakan penghuni Tel Aviv terpaksa menyembunyikan dirimereka selama seminggu di bawah tanah.

Dari lipatan sejarah, kita menyaksikan bahawa banyak kali kemenangan dicapai oleh kumpulan yang kecil ke atas kumpulan yang lebih besar.

Kita pasti, sejarah ini pasti akan berulang.... 


via : 
~Dr Zainur Rashid Zainuddin~




Info tentang Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".


Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah.

Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.


Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.






~Briged Al-Qassam~





teruskanlah  berdoa agar bumi palestin Merdeka..
 ~Amin YA ALLAH~



~manifestasi cinta sesama saudara Muslim ~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts